Hey,Welcome bloggies! Click the follow button,ok?
( n u r a t i k a h ): Belekan Kisah Lalu,Takziah. ( Arwah AminulRasyid Amzah )

Saturday 9 June 2012

Belekan Kisah Lalu,Takziah. ( Arwah AminulRasyid Amzah )


hai korang . dari tajuk entry kali nie , pasti nya korang dah tau apa isi nya kan? Arwah Aminulrasyid amzah,16. ingat tak? kalau yg dah tak ingat tuh, alahai! internet ada, google je lah. ok?Tengok bawah dulu yer..


katanya, inilah gambar terakhir mangsa  pada malam tersebut sebelum kejadian menyayat hati itu menimpa dirinya, dan baju kuning itulah menjadi saksi bagaimana darah merah itu mengalir dari kepala arwah.seperti mana orang lain, aku juga tak dapat menyembunyikan perasaan marah aku terhadap kejadian tersebut.
aku rasa korang sendiri selalu tengok di dalam televisyen dan dalam internet, bagaimana pasukan polis di negara barat bersungguh-sungguh mengejar kereta yang disyaki dipandu oleh penjenayah,adakalanya sampai berpuluh kereta peronda mengejar kereta suspek, tak cukup dengan itu, polis mereka siap arahkan helikopter untuk mengesan kenderaan penjenayah tersebut.kalau boleh mereka rempuh kereta suspek, mereka rempuh.kalau boleh mereka kepung kereta suspek, mereka kepung
namun untuk melepaskan tembakan begitu saja tidak sama sekali, tembakan hanya dilepaskan bila mereka merasakan suspek betul-betul MERBAHAYA terutama bila nyawa orang awam juga terancam dek perbuatan suspek.justeru bila berlaku kejadian tembak melibatkan adik Aminulrasyid, aku tertanya-tanya, sejauh mana TERANCAMNYA anggota polis terlibat sehingga dia perlu melepaskan tembakan ke arah mangsa?
aku juga tertanya-tanya, adakah polis telah benar-benar menggunakan segala kaedah yang perlu,  sampaikan  mereka tiada pilihan terakhir melainkan menembak mati adik Aminulrasyid?
Ada kata-kata nakal menyindir. "Baik sangat ke anak makcik? Keluar sampai pukul 2 pagi." Ya betul, tindakan arwah keluar rumah tanpa pengetahuan ibunya dan memandu tanpa lesen merupakan satu kesalahan, tetapi pada aku itu sifat lelaki. Nakal. Arwah seorang atlet di sekolahnya. Main bola. Aku yakin, arwah keluar rumah untuk menonton perlawanan BPL. Chelsea lawan Stoke City. Perlawanan mula jam 12. Habis dekat2 jam 2 pagi. Shah Alam. Kedai mamak mana yang tak meriah dengan pengunjung yang nak menonton perlawanan bola sepak terutamanya Liga Perdana Inggeris. Arwah anak yatim. Kehilangan ayah pada usia agak muda. Keadaan ini pasti bagi tekanan dalam jiwa remajanya. Memberontak! Kita pun ada zaman remaja masing-masing. Tak perlulah semudah itu nak memberikan kutukan dan penghinaan terhadap peribadinya. Zaman sekarang bukan macam zaman dulu lagi. Dulu tak ada kedai mamak yang sediakan skrin besar. Dulu tak ada kereta. Dulu malam-malam gelap gelita. Siapa berani keluar rumah??? 

Khabarnya arwah melarikan diri daripada kereta peronda. Aku yakin arwah gelabah. Siapa tak gelabah kalau terserempak dengan polis dalam keadaan tak bawa dokumen pengenalan diri. Lesen pun tak ada! Akhirnya kereta yang dipandu arwah ditembak di tayar lalu terbabas. Khabarnya juga, arwah masih mahu cuba lari dengan mengundurkan keretanya. Atas rasa cemas dengan cubaan itu, polis melepaskan tembakan lagi sehingga memecahkan cermin belakang kereta lalu mengenai belakang tengkuk arwah. Ya Allah, azab sekali kematian arwah ketika itu aku bayangkan...

Tiada satu pun keadaan yang aku rasa membuatkan polis perlu menembak arwah. Dia tidak bersenjata! Kalaupun dikatakan perbuatan arwah cuba mengundurkan keretanya, buat apa polis bodoh-bodoh tunggu di belakang? Kereta itu sudah terbabas dan sudah bocor tayarnya! Aku membayangkan anggota-anggota polis tersebut membayangkan penghargaan yang akan diperolehi atas sebab kejayaan mengejar penjenayah besar. Kejayaan mendapat liputan luas keesokan hari dan nama mereka terpampang di dada akhbar. Tapi akhirnya, yang kelihatan... Jasad seorang remaja kecil yang tidak berdosa! Aku mengharapkan Manusia2 kejam itu mengalami penyesalan sepanjang hayat. Mungkin mereka punya anak lelaki. Dan aku harap, setiap kali mereka melihat wajah anak mereka, mereka akan terbayang wajah arwah yang semudah itu ditamatkan riwayatnya. 

Ada parang dalam kereta! Pelik bukan? Anggota-anggota polis tersebut tahu mereka diancam sehinggakan melepaskan tembakan. Buka belakang kereta, ada parang! Hebat! PDRM sudah punya kelebihan melengkapkan anggotanya dengan kemahiran pandangan menembusi sesuatu. Hebat!!!

Banyak hati dan perasaan yang takkan boleh melupakan peristiwa ini dengan mudah. Ahli keluarga arwah, rakan-rakan sekolah, guru-guru, jiran-jiran, malah kita sendiri sebagai rakyat Malaysia. Bagaimana perkara sebegini boleh berlaku??? "sudah takdir dia mati macam tu" sekali lagi ayat2 nakal keluar. Ya Allah, tunjukkanlah kebenaran. yang salah patut dihukum! Takkan nak menjaga satu pihak, satu pihak lagi dinafikan keadilannya? Ini bukan kerja individu. Ini kerja satu pasukan. Anggota yang menembak bukan menembak atas tiket individu. Dia menembak dengan memakai lambang. Pakaian seragam! Membawa nama PDRM! Jangan jatuhkan kualiti anggota keselamatan kita dengan kejadian-kejadian seperti ini. 

Kat sini, NAH! aku bagi Sikit2 gambaran wajah Arwah yg hensemmmmmmmmmmm sgt nie kat korang. 



TAKZIAHH. Semoga roh awak ditempatkan di tempat orang-orang yg beriman.. Aminn. 

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum ^^
kalau dah baca tuh,JGN balik terus tau!
Tgal kan la sikit kata-kata kat sini.
Satu pun tak pe,Yg penting ADA tau! ^^