Hey,Welcome bloggies! Click the follow button,ok?
( n u r a t i k a h ): Meniru? Jangan!!

Saturday, 20 October 2012

Meniru? Jangan!!

Assalamualaikum..
Alahai. Hari nih,tangan terasa ringan pulak nak buat entry. Memandangkan Trend budak skarang nih,asyik nak MENIRU jer dalam exam,so entry hari nih pasal tiru meniru. Rarww! Terasa? Maafkan saya. HAHA. 

Student zaman nih memang smua bijak bijak pandai pandai kan? Lebih bijak dari cikgu diaorang.*Eh,aku ni bukan student ke?*yes. I'm a student jugak actually. Tapi!!Aku tak main lah cara kotor masa exam dengan mengamalkan budaya meniru ni. Dari mana datang nya idea diaorang nak meniru ni erk?? Kalau dah desperate sangat sekali pon,tak yah la sampai meniru kan? 

Kalau dah macamni,teruk sangat lahh tu! haha. 
Aku spy spy lah kan, antara cara-cara yang famous diaorang selalu guna adalah .. *Scroll bawah sikit. Ika ada list kan.* 

#1 Guna kuku tangan (fingernail)
Tulis maklumat menggunakan pensil di kuku. Bila cikgu datang pulak,cepat cepat padam. So,kepada cikgu cikgu yang kat luar sana, kalau tengok student yang asyik asyik tengok kuku tu,silalah datang senyap senyap dan tangkap. :)

#2 Guna kalkulator saintifik 
Cara ni tersangat lahpopular di kalangan student student yang terkenal dengan budaya ni. Selitkan nota nota kecil menggantikan kertas yang memang sedia ada kat bawah penutup kalkulator.So,jangan benarkan pelajar membawa penutup kalkulator time peperiksaan ye cikgu cikgu? :)

#3 Jeling kertas student lain
HAHA. Yang ni lagi popular!! Buat buat lenguh leher,pastu buat cracking neck. Sambil tu,jeling jeling jawapan rakan sebelah. Kalau buat selalu sangat,MESTI WAJIB ada yang akan kena ketuk kat kepala. :)

#4 Tulis nota atas meja
Tulis nota atau formula atas meja. Cikgu tak kan asyik nak check meja jer kan? If kantoi,alasannya CONFIRM, "bukan saya yang tulis cikgu,saya tak pandang langsung!". Nampak sangat menipu! :)
Tapi tak dapat la nak menolong kalau cikgu kenal tulisan pelajar. HAHA

#5 Guna tisu atau sapu tangan
Tisu dan sapu tangan ni merupakan medium yang paling senang nak guna masa exam. Sedikit nota atau formula ditulis pada tisu atai sapu tangan tu dan digunakan untuk lap apa apa yang patut masa peperiksaan. Bila nak tengok balik nota,buat buat la lipat sapu tangan tu. So,boleh check kalau kalau ada student yang bawa sapu tangan or tisu masa peperiksaan.

#6 Maafkan saya cikgu. Boleh saya ke tandas?
Taktik ni mungkin dah wujud masa zaman FLINTSTONE lagi kot? HAHA. So,jangan ada yang terkejut kalau kalau ada yang terjumpa nota di toilet masa peperiksaan sedang berlangsung. Mestilah nak meniru jawapan makna nya tuh. Paling senang,jangan bagi pelajar ke tandas masa peperiksaan walaupun kedengaran agak kejam. :)

#7 SIGNAL!! 
Mesti semua cikgu tahu kalau nampak student dia bagi isyarat tunjuk dahi, tunjuk mata, tunjuk hidung dan tunjuk segala macam tunjuk lagi. Mana tak nye,tu signal nak tiru tiru la tuh. A untuk dahi la, B untuk hidung dan macam macam lagi lah. 

ok. Back to basic la kan. Korang GORENG je apa yang korang rasa betul. Senang kan? Asalkan ada jawapan. Betul salah tu belakang cerita. HEHE. penat sudah jari ku ini. HAHA. ok. Cukup la untuk entry hari ni. Beringat sebelom kene!! Wasalam. :)) 

Wah2! Siap ada cara cara lagi tuh! hehe :)


#Amaran keras!!#
Entry ni hanya untuk tatapan mata je. :) jangan amalkan masa exam. ok.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum ^^
kalau dah baca tuh,JGN balik terus tau!
Tgal kan la sikit kata-kata kat sini.
Satu pun tak pe,Yg penting ADA tau! ^^