Budak budak zaman sekarang memang advance kan? Apa pon tak boleh. Alahai budak zaman sekarang. Kalau nak dibandingkan dengan zaman mak dan ayah aku dulu,memang jaoh berbeza. Ye la, kalau zaman dulu, nak cari pakwe/makwe ni memang susah. Silap silap memang kene pelempang free dari mak dan ayah. Inikan zaman sekarang,semua benda ada dan lengkap gituh. Tinggal nak beli je guna duit mak dan ayah. Tak yah nak pening pening fikir.
Hahaha. Lucu betol. Ambek dari google jer ni. |
Paling hairan kan,budak budak darjah satu pon dah berjinak-jinak untuk bercintan cintun ni. Fuhh! Gempaklah. Bergegar dunia seh! (entri perli diri sendiri) HAHA. Tapi normal lah kalau masa sekolah rendah dulu suka sama suka. Dah nama pon fitrah manusia. Tapi paling syok masa dapat surat cinta dan kad raya. Hahaha. Ishh. Malu nak cerita. Isi nya lebih kurang mcm nih :-
" Assalamualaikum.. Awak,saya nak minta maaf kalau ade buat salah atau menyakitkan hati awak. Saya suka la dengan awak. Awak cantik,comel dan cute sangat-sangat. Saya sayang awak. Saya rindu lah dengan awak. Saya berharap awak dapat terima saya jadi COUPLE awak. I LOVE YOU! "
From: Si polan bin si polan ( Nama dirahsiakan. hehehe. karang malu plak dia)
Haha,kantoi habis. Haha. Kisah lama tak mahu ingat balik. Biasa lah budak zaman sekarang suka sangat nak try buat ayat. Padahal kau kan kecik lagi,apa salah nya belajar kasi pandai dulu,bila dah dapat kerja yang best baru lah boleh terus masuk meminang. Takde salahnye sebab time tuh gaji pun dah tetap,kerja pun dah stabil dan otak pon dah matang untuk mengenal erti CINTA SEJATI. Chewahh! HAHA
Tapi tak best bila bercintan cintun nie sudah seolah olah menjadi trend bagi budak sekolah. Bagi ika,memang tak salah bercintan cintun ni,tapi yang first skali yang kau kena fikir adalah mak dan ayah kau. Kesian dorang mencari rezeki nak membesarkan kau,beli buku latihan,bayar yuran sekolah. Tu belom masuk kos beli baju sekolah + dan macam-macam lah. Tak rasa menyesal ke?? Entry ika kali nie bukan nak perli or etc siapa siapa,just nak menyedarkan korang n nak korang pandang jauh ke hadapan.
Dah lumrah manusia,rasa ingin bercinta dan dicintai memang ada (eh,macam mana aku tahu ni?), tapi bila je putus hubungan mulalah tulis bendalah merepek repek kat dalam FACEBOOK or TWITTER diaorang. Patah hati la konon. Paling menjengkelkan bila hari ni letak status In a relationship with ******* . Tak sampai seminggu kot,ubah balek status tuh jadi SINGLE pulak. Beberapa hari kemudian,update status Married with ******* pulak dah. Amboi kemain lagi kau eh main tukar-tukar status. Ingat orang nak kesah sangat ke dengan status kau tuh? Berbulu orang lain baca tau tak. HAHAHAHA. Kejam tak kejam. siap tulis kat wall :-
" Sayang,mna pergi you nih? baru kejap tadi jumpa,tak kan you dah lupa kat i kot? You pergi mana sygssss? I rindu gila kat you. ok. takpe la. I faham. "
Bercinta memang tak salah,tapi jangan melampaui batas agama dan sanggup mengabaikan pelajaran kerana boyfriend kita tak kan dapat menjamin masa depan yang betul betul cerah untuk kita. Renung-renungkan lah. okey? Penat pulak dah jari jemari nih. ok. jumpa lagi di next entry.
Pens off..
With LOVE :-
Atikah Ismail
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum ^^
kalau dah baca tuh,JGN balik terus tau!
Tgal kan la sikit kata-kata kat sini.
Satu pun tak pe,Yg penting ADA tau! ^^